Bayam Brazil Apa Khasiatnya?

WONOSARI WH) - Sedikit berbagi tips buat ibu-ibu rumah tangga tentang beberapa manfaat tanaman Bayam Brazil atau Brazillian Spinach.

Mungkin tidak populer dinegara kita tetapi seiring berjalanya waktu sekarang sering kita jumpai di taman-taman rumah,disamping bermanfaat Bayam Brazil juga terlihat cantik buat taman.

Tidak berlendir serta daunnya yang hijau amat sesuai untuk dijadikan hidangan sebagai salad, ulam serta masak tumis dan banyak lagi resepi lain yang mudah disediakan.

Bayam Brazil amat mudah ditanam melalui keratan batang yang sehat serta matang dan tiada masalah serangan ulat daun.

Antara resipi popular yang menggunakan sayuran bayam ini ialah Sup Bayam Brazil dan Suhun, Gulai Lemak Bayam Brazil, Sayur Tumis Bayam Brazil, Bayam Brazil Goreng Belacan dan Bayam Brazil Goreng Tepung.

Inilah khasiat Bayam Brazil yang ramai tidak tahu, ibu-ibu wajib tanam depan rumah, senang je tumbuh

Menurut kajian, ada banyak khasiat Bayam Brazil ni yang ramai tidak tahu atau kurang perbedaan mengenai manfaat sayur ini.

Bukan saja senang ditanam depan rumah dan sedap rasanya, sayuran bayam ini amat kaya dengan khasiatnya. Amat rugi jika tidak menanam sayur ini.

Antara khasiat Bayam Brazil dalam kesihatan ialah mampu melawan kanser, mengekalkan kesihatan mata, kaya dengan vitamin K serta mampu menguatkan tulang.

Selain itu Bayam Brazil juga boleh membantu menurunkan berat badan, meningkatkan sistem imuniti badan, membantu penghadaman dan mengelakkan simbelit.

Khasit memakan Bayam Brazil mampu membantu melancarkan darah, mencegah anemia serta masalah gusi, mengekalkan stamina badan serta amat baik untuk pembesaran pada anak-anak.

Buat ibu-ibu yang mengandung, memakan Bayam Brazil sangat baik untuk mengekalkan kesihatan sebelum bersalin, ia juga membantu mengekalkan kesehatan mulut serta amat baik untuk mencegah penuaan dini

Mulai hari ini, ibu-ibu tanam sayur ni kerana ada banyak khasiat yang terkandung dalam sayur ini memang rugi kalau tidak memakannya

Posting Komentar

1 Komentar